Just International

MALAM SOLIDARITI BERSAMA VENEZUELA

4 JANUARI 2026

MALAYSIA BANTAH KEGANASAN IMPERIALIS

Kami, gabungan pertubuhan masyarakat sivil dan parti politik Malaysia, mengecam sekeras-kerasnya campur tangan tentera terbaharu Amerika Syarikat di Venezuela. Serangan agresif ini merupakan pencerobohan haram ke atas sebuah negara berdaulat dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Kerajaan AS seolah-olahnya mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan nasib negara lain. Tindakan AS yang tidak menghormati norma dunia mengancam kestabilan serantau dan keamanan global.

Rakyat Venezuela mesti bebas menguruskan hal-ehwal negara mereka tanpa ancaman kuasa asing.

Tuntutan kami:

· Menyeru Komuniti Antarabangsa bersatu mengutuk tingkah laku biadap ini, dan menuntut penghentian segera semua operasi ketenteraan AS dan pembebasan serta-merta Presiden Maduro.

· Mendesak Kerajaan Malaysia menyatakan bantahan keras secara rasmi terhadap AS, serta gunakan suara Malaysia di ASEAN dan PBB untuk mempertahankan kedaulatan dan undang-undang antarabangsa.

Mendiam diri bila berhadapan dengan kezaliman seumpama merestui penjenayah. Kami menyeru semua rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat yang menyanjungi keamanan dan keadilan untuk bersama-sama menyertai tindakan protes ini.

Disokong oleh:
1. Sekretariat Solidariti Palestin (SSP)
2. BDS Malaysia
3. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
4. Rumah Mandiri 
5. Initiatives for Human Rights in Asia (IHRA), Jakarta, Indonesia
6. SEJAGAT
7. Centre for Human Rights Research & Advocacy (Centhra), Malaysia
8. Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG)
9.  Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
10. Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP)
11. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
12. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
13. Parti Amanah Negara (Amanah)
14. ⁠World TAMILAR Protection Secretariat
15. International Movement for a Just World (JUST)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *